Wednesday, January 21, 2009

yajud majud

kalau benarlah berita ini,adakah ini satu tanda bahawa yaajuj dan mukjuj dah keluar ?Adakah kita yang masih hidup atas muka bumi ini adalah manusia akhir zaman?

Bersama kita tatapi dan fikirkan.Waallahualam

WASHINGTON -- Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan
mengejutkan
mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20 batu
di bawah tanah,
menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh
saintis NASA yang
menggali jauh ke dalam Bumi - dan mereka cuba menyembunyikan
kewujudan
kaum ini dari pengetahuan awam.
Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan
gambar-gambar eksklusif and informasi
mengenai kaum 'orang gua' ini. "Cerita ini harus diberitahu," kata
sumber itu. "Ia terlalu besar untuk
disorok".
Sumber itu telah mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole
People. "Nampaknyer mereka seperti kaum
yang peramah", beliau berkata, "Tetapi mereka amat primitif. Kami
cuba
berkomunikasi dengan mereka, tetapi
ia satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu bahasa
English".
"Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang
untuk ke muka Bumi (surface world)",
kata sumber itu. "Dengan demikian, President Bush mengendalikan
situasi
ini dengan penuh berhati-hati.
"Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan
perang dengan manusia di atas. Kami
tidak pasti berapa jumlah mereka ini. Kami baru melihat satu bandar
setakat ini, dengan anggaran 2000
orang Mole tinggai di situ.
"Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin berjuta-juta orang
Mole tinggal merata-rata di dalam
bandar-bandar bawah tanah, berselerak di bawah muka Bumi".
Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia - dan juga
sedikit perbezaan.
"Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki, tetapi mereka jauh
lebih tinggi dari manusia biasa
- setinggi 8 ke 10 kaki tinggi. Jari-jari mereka seperti kuku
binatang.
Dan tangan mereka juga seperti
kaki itik (webbed), direka untuk menggali, bukan seperti kuku mole".
"Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang
melampau
dan juga keadaan yang teruk di
bawah Bumi".
"Didapati bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di antara manusia
dengan makhluk ini suatu ketika
dahulu - mereka bercakap di dalam bahasa yang hampir sama dengan
dialek
Navajo Lama.
Sumber itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem
otot-otot yang sangat besar, membuatkan
mereka mampu bertindak ganas.
"Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole
menganggap itu sebagai satu ancaman
dan terus menyerang beliau".
"Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir
menjatuhkan beliau bersama rokoknya.
Beliau amat bertuah selamat dan hidup dari insiden itu".
Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi - pakaian,
alat-alatan dan makanan terutamanya. Mereka
amat meminati buah-buahan segar.
"Saya belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpesta dan
bersukaria", mengikut kata sumber.
"Amat jelas mereka tidak boleh menanam buah-buahan mereka sendiri
memandangkan mereka tinggal 20 batu di
bawah muka Bumi".
NASA amat berminat untuk mengkaji kaum Mole. "Kami mahu tahu
segala-galanya mengenai mereka - apa yang
mereka makan,bagaimana mereka tinggal dan yang paling mustahak,
apakah
perhubungan mereka dengan kaum manusia".
"Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di
dalam aspek-aspek yang tertentu.
Adakah mereka adalah nenek moyang manusia moden hari ini secara
genetiknya ?"
Pakar berkata terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai kaum Mole.
"Mereka boleh jadi apa saja, dari Yetis
(BigFoot), makhluk asing dari angkasa atau saki baki orang yang
terselamat dari bandar Atlantis Yang Hilang.
Pakar juga berkata penemuan ini telah menimbulkan beberapa persoalan
yang serius, termasuk:
Adakah makhluk itu musuh dan suka berperang ataupon peramah dan
sanggup
bekerjasaman?
Adakah mereka akan meminta wilayah mereka sendiri di muka Bumi? Dan
bagaimana dengan minyak dan simpanan
mineral di bawah Bumi? Siapa yang memiliki mereka: kaum Mole atau
kita?
Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya adalah untuk meneroka
ruang angkasa - telah menjumpai kaum
yang hidup di bawah muka Bumi?
Jurucakap NASA tidak menafikan mahupun mengiyakan laporan itu.
Setelah menerima tekanan hebat dari wartawan, jurucakap White House
menjanjikan informasi yang dibenarkan
oleh White House untuk disebarkan. Teapi beliau telah memberi amaran
"mungkin tidak untuk jangkamasa yang
terdekat".
Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah itu dalam bulan
Ogos ketika sedang menjalankan projek
rahsia yang di beri nama Operation Mole Hole - satu inisiatif dimana
wartawan sekarang percaya ia mungkin
untuk mengintip China, menggunakan "teknologi bawah tanah".
Setakat ini NASA telah menjumpai pintu laluan rahsia ke dunia bawah
tanah di kawasan sekitar Washington
State's Mount Shasta, gua Mammoth di Kentucky dan juga gua-gua yang
berselerak sekitar barat daya U.S
mengikut kata sumber.
Berkurun lamanya manusia telah bercerita tentang kewujudan makhluk di
bawah muka Bumi.
Sekarang, buat pertama kalinya, spekulasi itu telah dibuktikan
kesahihannya.
Tetapi samada makhluk-makhluk ini kawan ataupun lawan masih tidak
diketahui.

2 comments:

  1. Yajud dan Majud adalah dikatakan kaum kazaria yg telah memeluk agama yahudi dan berpecah kepada dua bahagian untuk menguasai dunia dan membentuk pakatan zionis yahudi-kristian yg kita lihat apa yg berlaku di dunia skrg ini. Lihat youtube imran hussein

    ReplyDelete