Wednesday, January 21, 2009

planet nibiru

Tanda-tanda kiamat sudah dekat memang dah ada. Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda: “ Apabila umat ku telah membuat limabelas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu
1. Apabila harta Negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan .
3. Zakat dijadikan hutang
4. Suami memperturutkan kehendak isteri
5. Anak derhaka terhadap ibunya.
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki.
13. Para artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat). Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain. (Hadis Riwayat Tirmizi).
(Rujukan: Buku 40 Hadis tentang Peristiwa Akhir Zaman, susunan Abu Ali Al-Banjari An Nadwi).


Tentang hari kiamat, saya ingin kongsi tentang bencana yang akan timbul akibat Planet Nibiru. Saya salin artikel dalam www.kedai.com.my . Mungkin boleh difikirkan: “Untuk pengetahuan smua, sebuah planet bernama Nibiru atau planet x(oleh NASA) sedang melengkapkan putaran orbitnya yang berlaku setiap 3600 tahun. planet ini 100 kali ganda besar bumi dan sama besar dengan planet Jupiter (musytari). dijangkakan pada 23/12/2012 planet ini akan memberi kesan paling dahsyat kepada bumi dengan memutarkan kutub2 ke kedudukan terbalik (polar shifting) yang dijangkakan o NASA. bulan mei 2009 nanti planet ini akan jelas kelihatan oleh semua pnduduk bumi..so sama2 kita nantikan...

Mereka mengaitkan peristiwa ini seperti yang pernah berlaku banjir besar zaman Nabi Nuh AS dahulu..planet ini tak menghentam bumi tapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan mengganggu bumi.ia hanya akan lalu diantara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan seakan-akan anak matahari.(tanda besar kiamat? objek merah di langit kelihatan) AS dan negara2 barat lain sedang sibuk membuat persiapan menghadapi keadaan ini dengan membina beberapa penempatan sementara di banjaran2 gunung lengkap dengan makanan yang mampu bertahan 3 tahun kerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi akan lenyap. Di norway misalnya, mereka membina sebuah gudang menyimpan segala biji benih di sebuah bukit lengkap dengan ciri2 keselamatan dan dari ancaman bencana. (rujuk paper bulan februari, kosmo, BH n lain2). Untuk rujukan penuh sila cari kat mana2 web tentang NIBIRU or video kat youtube (nak forward besar sgt)..benarlah kata2 RASULULLAH satu ari nanti bumi akan hancur dan satu zaman dipanggil back to ancient berlaku di mana segala teknologi pupus dan manusia akan kembali seperti zaman purba, berperang dengan pedang cara kuno. jadi bersedialah kita umat islam...ALLAHHUAKBAR. “
Saya terbaca bahawa ada Hadis mengatakan umat Muhammad akan ada di muka bumi selama 1500 tahun. Tahun ini 1429 H. Kalau begitu, ikut kiraan kasar begitu , mungkin tak lama lagi Kiamat. Namun hakikatnya, semuanya dalam pengetahuan Allah. Tidak ada yang mengetahui bila terjadinya kiamat kecuali Allah. Firman Allah maksudnya “ (Orang-orang kafir) bertanya kepadamu (Muhammad) tentang hari berbangkit, bilakah terjadinya? Siapakah kamu (maka) dapat menyebutkan (waktu)nya? Kepada Tuhanmulah dikembalikan kesudahannya (ketentuan waktunya). Kamu hanyalah pemberi peringatan bagi siapa yang takut kepadanya (hari berbangkit). (Surah an-Naaziaat: 42 – 45). Bersedialah untuk hari akhirat selalu. Segeralah bertaubat sebelum pintu taubat tertutup.

No comments:

Post a Comment